Memaparkan catatan dengan label Hadis Dan Falsafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis Dan Falsafah. Papar semua catatan

Rabu, Jun 15, 2011

Berhias & Bersolek Bagi Wanita Solehah

Tidak dinafikan bahawa wanita suka berhias atau bersolek. Ia merupakan fitrah manusia. Islam menganjurkan wanita memakai pakaian yang indah, berhias kemas dan memakai wangi-wangian yang sesuai namun haruslah mengikut garis panduan yang dibenarkan bagi mengelak fitnah. Berhias atau bersolek diharuskan ke atas wanita solehah untuk tatapan suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

“ Dari Ayub r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. : Rasa malu, suka dengan wangian atau harum-haruman, bersiwak dan nikah adalah sunah para Rasul.”

(Hadis riwayat Tarmizi)
Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. :

“Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita dan umatku dan hal itu haram bagi kaum lelaki”
(Hadis riwayat Tarmizi dan surah An-Nisa’)

Khamis, April 28, 2011

Tanda Orang Bijaksana




“Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa). Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah. Juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia”
Sayidina Uthman bin Affan

Jumaat, April 22, 2011

Istimewa Ilmu



Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan mencintai Allah dan rasul-Nya.
Firman-Nya yang bermaksud :
Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu” – Surah Faatir:28

Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.

Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna” - Surah Az-Zumar:9
Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam firman-Nya:
“Allah memberi hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak” – Surah Al-Baqarah : 269

Khamis, April 14, 2011

Amalan Diberkati-Nya




Sebagai hamba-Nya yang lemah, kita sentiasa berdoa agar amalan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas diterima-Nya

Mari kita sama-sama renungi pesanan
Syeikh Salim bin ‘Eid al-Hilali ini;

“Amal soleh harus disertai dengan niat yang baik. Niat yang baik tidak akan mengubah kemungkaran menjadi  kebaikan dan bidaah menjadi al-Sunnah.
Ramai orang yang mengharapkan kebaikan tetapi tidak pernah menggapainya. Ikhlas kepada Allah merupakan salah satu syarat diterima-Nya perbuatan kecuali yang paling tulus dan benar.
Yang paling tulus adalah amal yang dilakukan kerana (mengharapkan wajah) Allah dan yang paling benar adalah sesuai dengan al-Sunnah Rasulullah yang sahih”


Petikan daripada buku “Cukupkah Sekadar Niat?”
Tulisan Mohd Hairi Nonchi
Terbitan Karya Bestari

Sabtu, Mac 26, 2011

Tiga Perkara



 
Apabila mata dipejam
Pasti ada doa yang diucap
Namun, sebesar mana rasa sayang dan cinta itu
Pasti tidak menemani kita di alam sana
Kecuali tiga perkara
Ilmu yang bermanfaat, amal jariah
Dan doa daripada anak-anak yang soleh
Yakinlah..
Lahirnya mereka adalah satu ANUGERAH Allah

“Petikan : Buku ‘Anakku..Didiklah Hati Mencintai-Nya’ “

Jumaat, Mac 11, 2011

Lindungi Kami Ya Allah

Ya Allah..
Rahmatilah kami yang lemah dan daif ini
Jadikan sinaran mentari yang menyentuh setiap zarah di bumi ini
Sebagai sinar rahmat yang memberi bahagia dan kekayaan kepada kami
Berikan kami iman yang teguh
Hati yang tabah penuh kesabaran
Untuk menghadapi tiap saat penuh perjuangan, pertempuran
Berikan kami Ya Allah kemenangan
Juga bebas daripada belenggu nafsu yang liar
Jadikan kami hamba-Mu setabah, secerdik, secekal dan sekaya Muhammad s.a.w.
Lindungi kami Ya Allah Ya Rahman,
Ya Zalzalaliwaliqram
Kerana tanpa perlindungan mu musnahlah kami


“Petikan Hadis dan Falsafah, NUR Mar 2011”

Sabtu, Februari 26, 2011

Pintu Rezeki

Sambutlah setiap permulaan hari 
dengan solat yang telah diperintahkan.
Solat yang dapat membuka pintu rezeki walau 
daripada mana pun arahnya. Solat
yang memberi sinar menjanjikan
kebahagiaan dan pendinding segala
kejahatan dan kesesatan.

Mulakan tiap langkahmu dengan bismillah.
Biarkan bibir mengukir senyuman kepada
setiap apa yang mendatang sama ada yang 
baik mahupun yang buruk. Senyuman dapat
melenyapkan segala derita, memudahkan 
banyak urusan dan membuka
pintu-pintu rezeki.


Hasil nukilan Hanita Suhaiza Abd Halim
"Petikan dari NUR Mar 2011"