Memaparkan catatan dengan label Keibubapaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keibubapaan. Papar semua catatan

Selasa, Mac 22, 2011

Petua untuk Anak Sukar Tidur


 

1     Tidurkan waktu dia mengantuk

2    Cahaya matahari sebagai loceng
Cahaya matahari memainkan peranan untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Ia sebagai tanda bahawa hari sudah siang.

3    Persekitaran tidur selesa
Persekitaran yang baik untuk anak adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan anak tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang selesa.
4    Persekitaran yang selamat
Pastikan bilik tidur anaknya bersih dan kemas.

5    Ajar anak cara tidurkan dirinya

6    Tetapkan rutin tidur anak

7    Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak amalkan tidak tidur petang, gantikan tabiat itu dengan masa bersantai yang bermanfaat.

8    Makanan yang betul
Cuba hidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, supaya membekalkan tenaga berpanjangan kepada anak anda. Ini mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Perlu cuba elakkan daripada pengambilan makanan berat masa hampir dengan waktu tidur.

9    Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan aktiviti fizikal untuk anak anda supaya dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Contohnya biarkan bayi anda melakukan senaman ringan seperti merangkak.

10   Gangguan teknologi
Elakkan anak-anak daripada terlalu terpengaruh dengan aktiviti menonton TV atau mengakses komputer.

11   Kata-kata lembut
Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Nak, masa untuk tidur’ atau ‘Selamat malam, sayang!’

Ahad, Mac 20, 2011

Didik Anak Tepati Janji

“Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila diamanahkan dia mengkhianati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nilai positif
·           Memiliki nilai kejujuran dan keterbukaan yang tertinggi
·           Anak boleh mengukur kemampuan dalam menepati janji
·           Dia belajar untuk tidak memungkiri janjinya
·           Mendapat kepercayaan oleh kawan-kawannya
·           Mudah untuk menerapkan nilai lain kepadanya, kerana anak percaya pada apa yang anda katakan

5 Panduan Mengajar anak menepati janji
1     Buat peraturan
Buatlah beberapa peraturan kepada anak, membasuh kaki dan tangan bila pulang dari bermain, menggosok gigi sebelum tidur, meletakkan barang ke tempatnya semula. Peraturan sederhana seperti ini selain membuat anak-anak faham dan bersedia menerima arahan, ia juga memupuk rasa tanggungjawab dan komitmen daripada anak

2    Menepati janji adalah sebahagian daripada bentuk tanggungjawab dan komitmen seseorang
Berikan tugas yang ringan. Contohnya mengemas tempat tidur selepas bangun tidur. Ketika anak berjaya memenuhi tugasnya setiap hari, berilah hadiah berupa pujian atau pelukan. Anda boleh semai sikap ini sejak berusia tiga hingga empat tahun.

3    Pemahaman agama dan juga secara logiknya
Ceritakan beberapa contoh dalam kisah sirah nabi dan juga Rasulullah s.a.w. bagaimana pentingnya seorang  Islam itu memenuhi janjinya. Tentang dosa dan ganjarannya di sisi tuhan mereka yang memungkiri dan menepati janji.
Gunakan juga pendekatan secara logik, bagaimana mengengkari janji boleh membuatkan seseorang itu merasa kecewa dan marah. Jadikan anak anda atau orang dekat dengannya sebagai contoh. Contohnya, ayahnya telah berjanji untuk membelikan mainan jika dia telah mengemas bilik tidurnya. Tetapi, bila tugasan itu selesai, ayahnya tidak membeli mainan yang dijanjikan. Katakan pada anak itu, sudah tentu anak itu kecewa kerana ayahnya tidak belikan mainan yang dijanjikan.

4    Berkata sungguh-sungguh
Setiap perkataan yang diluahkan pada anak-anak perlu diluahkan secara bersungguh-sungguh supaya anak-anak memahami kepentingan menepati janji. Contoh bila anak minta belikan kek coklat dan berjanji untuk makan sampai habis. Ingatkan anak itu bahawa kek itu terlalu banyak untuk dia habiskan, jika anak masih berdegil untuk beli dan anak itu tidak dapat habiskan, kita perlu ingatkan janji yang telah dibuat oleh anak itu tadi.

5    Tunjukkan sikap tegas dan konsisten
Anda meminta anak anda mengemas mainannya, tetapi anak itu berdegil tidak lakukan apa-apa. Kita kena bertegas biarkan anak itu mengemas sendiri mainan itu, jika tidak, kita akan membuang terus ke tong sampah dan tidak akan ada mainan baru lagi, contohnya. Anak masih dalam proses belajar. Cara ini dapat memberikan pemahaman pada anak-anak tentang kepentingan menepati janji.

Khamis, Mac 17, 2011

Makanan Penambah Susu Ibu

Buah kurma
Unsur zat besi besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Kacang soya
Diketahui kacang soya mempunyai khasiat setanding dengan susu malahan dipercayai mampu menambah susu badan kerana khasiat kacang soya itu sendiri yang diakui minuman terbaik untuk semua golongan. Malahan bagi bayi yang alah susu lembu, disarankan meminum susu kacang soya sebagai pengganti. Paling bagus jika anda menghasilkan sendiri susu tersebut kerana pastinya ia bebas daripada kandungan bahan pengawet.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijiran ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijiran ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, ia juga boleh menambah susu badan. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera.

Betik muda
Ibu-ibu yang bermasalah kekurangan susu badan, boleh memakannya begitu sahaja atau pun dijadikan sup dan diambil bersama nasi panas.

Halba
Bagi perolehi khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang tertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Jintan
Untuk perolehi kebaikan daripada jintan, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Kurma merah
Dikenali juga dengan nama kurma cina yang kering berwarna merah pekat. Untuk merebusnya, gunakan air yang banyak dan direbus selama 10 minit. Airnya manis dan buah yang telah direbus enak dikunyah.

Daun kaduk
Pucuk kaduk juga merupakan salah satu daripada tumbuhan semulajadi yang dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Anda boleh mencelurnya dan makan sebagai ulam atau dimasak dalam masakan seperti gulai lemak.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Lobak putih
Sayur ini mengandungi glukos, sukrosa dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid benzo-pyruvik dan asid amino. Boleh diamalkan dengan mengikis lobak putih, parut dan campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan dibiarkan sehingga suam, minum dua kali sehari.

Longan kering
Biasanya didapati di kedai singseh amat bagus untuk diamalkan . Rebus longan kering dalam anggaran satu cawan kecil dengan beberapa cawan air  (3-4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut sebagai amalan harian.

Daun sirih
Selain daripada mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu ibu, daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan disapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payu daya.

Madu
Boleh diminum sesudu setiap pagi, digunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat

Pucuk manis
Masak lemak bersama ubi keledek

Pucuk pegaga
Dijadikan ulam atau jus

Daun kucai
Goreng bersama tauge bersama tauhu dan tempe

Daun atau pucuk
Meranti masak lemak putih, tumis air dan goring

Bawang putih
Mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu

Teh hijau

Susu dan produk tenusu


“Sumber dari NUR Mar 2011, ruangan Keibubapaan Ilami”