Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, Mac 28, 2011

Rezeki Bukan Sekadar Wang





Hadis riwayat Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak mengenai, “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu masa muda sebelum tua, masa sehat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.

Huraian pada hadis tersebut;-

1     Masa muda sebelum tua
Pergunakan masa muda sebaik-baiknya membuat kebaikan dan mencapai kejayaan kerana usaha masa tua berbeza dengan usaha masa muda. Jadi lakukan aktiviti bermanfaat agar tidak menyesal kemudian hari.

2    Masa sihat sebelum sakit
Sakit datang tanpa diduga. Jadi, gunakan masa sihat untuk lakukan persediaan bermanfaat sebelum tiba masa sakit.

3    Masa kaya sebelum miskin
Kekayaan yang kita miliki belum tentu kekal. Jadi, beringat-ingatlah untuk berjimat-cermat. Gunakan kekayaan itu untuk lakukan kebaikan. Kekayaan yang kita miliki hari ini cuma ujian dari Allah yang menguji sejauhmana keimanan kita kepada-Nya.

4    Masa lapang sebelum sibuk
Kita kena hargai masa yang ada untuk lakukan perkara yang bakal memberi faedah kepada kita kemudian hari. Contohnya, melawat saudara mara untuk merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

5    Masa hidup sebelum mati
Kita kena hargai masa hidup kita ini dengan melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita di dunia dan yang paling penting sekali di akhirat.

10 amalan dimurahkan rezeki

1     Menyempatkan diri beribadah
Firman Allah dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya, maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2    Memperbanyakkan Istighfar

3    Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak bermakna jika masih melakukan dosa. Malah menutup pintu rezeki

4    Sentiasa ingat Allah
Mengingati Allah membuatkan hati kita tenang dan kehidupan terasa lapang.

5    Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan siapa yang ingin penjang umur dan murah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6    Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak kecil.
7    Tunaikan hajat orang lain
Sabda Nabi s.a.w: “ Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8    Banyak berselawat
Ia dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9    Buat kebajikan banyak-banyak

10   Berpagi-pagi
Memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah adalah amalan yang berkat.

Isnin, Mac 14, 2011

Tip Sediakan Pelan Perniagaan



Ringkasan Eksekutif
Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan, cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk perniagaan, ringkasan pendapatan lima tahun dan modal diperlukan

Peluang Perniagaan
Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.


Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian
Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk

Pelan Pemasaran
Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.

Pelan Operasi
Perlu menunjukan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.

Pengurusan dan Kakitangan Utama
Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
Unjuran Kewangan
Unjuran proforma lima tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.



“Sumber dari NUR Mar 2011”

Sabtu, Mac 12, 2011

5 Teknik Gapai Impian



Yakin akan sukses satu hari nanti
Duduk dengan tenang dengan sekeping kertas di meja, tulis perjalanan karier atau hidup anda dan impian untuk mencapainya. Lukis sekeping gambar yang menggambarkan kejayaan yang anda ingini dan tampal di satu tempat yang membolehkan anda melihatnya setiap hari supaya dapat membakar semangat anda untuk berusaha kearah mencapai impian itu.

Berpijak pada realiti
Kaji setiap langkah dan apa yang perlu dilakukan supaya apa yang digambarkan boleh menjadi kenyataan

Komitmen
Langkah pertama ialah pastikan keputusan untuk Berjaya melekat di minda anda. Kedua, anda perlu fokus pada apa yang ingin dicapai.

Merancang dengan tepat
Rancang perjalanan karier anda, gunakan fakta-fakta yang disenaraikan dalam langkah kedua tadi. Bahagikan kerja tersebut kepada senarai pendek supaya lebih senang anda mencapainya.

Terus berusaha tanpa mengira apa yang berlaku
Kejayaan akan dating bagi mereka yang sentiasa berusaha dan sedikit kesalan yang ada tiada salahnya asalkan anda sentiasa berada di landasan yang betul. Lakukan  langkah biarpun sedikit setiap hari. Yang pastinya akan membuahkan hasil satu hari nanti.

Rabu, Mac 02, 2011

The Bottom Line on Happiness

Use the tools of business to create a life of fulfillment and integrity.


Here are some management tools that can be used to help you lead a purposeful life.

1) Use your resources wisely.
     Your decisions about allocating your personal time, energy and talent shape your life's strategy. You have a limited amount of time, energy and talent. How much do you devote to each of these pursuits? Allocation choices can make your life turn out to be very different from what you originally intended. Sometimes that's a good thing: Opportunities that you never planned for emerge. But if you don't invest your resources wisely, the outcome can be bad. So, think wisely!!!

2) Create a family culture
     Families have cultures, just as company do. Parents should begin working  with their children at a very young age to build a culture in which children instinctively behave respectfully towards one another, obey their parents, and choose the right thing to do. Those cultures can be built consciously or evolve inadvertently.You have to design strong self-esteem and the confidence that they can solve hard problems into your family's culture very early on. Like employees, children build self-esteem by doing things that are hard and learning what works.

3) Avoid " just this once"
     How to live a life of integrity? Often when we need to choose between right or wrong, a voice in our head says, "Look, I know that as a general rule, most people shouldn't do this. But in this particular extenuating circumstance, just this once, it's OK." It's easier to hold to your principles 100 percent of the time than it is to hold to them 98 percent of the time. If you give in to "just this once", based on a marginal cost analysis, you'll regret where you end up. You've got to define for yourself what you stand for and draw  the line in a safe place.

4) Remember to be humble.
    If your attitude is that only smarter people have something to teach you, your learning opportunities will be very limited. But if you have a humble eagerness to learn something from everybody, your learning will be unlimited. Generally you can be humble only if you feel really good about yourself and want to help those around you feel good about themselves too.

5) Choose the right yardstick.
     Don't worry about the level of individual prominence you have helped become better people. Think about metric by which your life will be judged, and make a resolution to live every day so that in the end, your life will be judged a success.

If you can follow all these step correctly, we should be able to have a balance life, a happy family and a good carrier as well, Insya-Allah..

Selasa, Februari 08, 2011

8 Petua Untuk Menjadi Kaya

1. Ambil keputusan untuk menjadi kaya. Kejayaan adalah satu pilihan. Pilih hari ini untuk menjadi sihat, kaya dan gembira untuk diri anda, untuk keluarga anda dan masyarakat.

2. Bergaul dengan mereka yang kaya. Seperti seorang artis yang bergaul sosial dengan artis yang lain untuk mendapat idea-idea baru, anda harus bergaul dengan mereka yang telah berjaya agar kualiti-kualiti mereka dapat anda perolehi.

3. Mengetahui apa yang anda inginkan. Jangan berlari di dalam bulatan seperti seekor hamster di dalam sangkar. Dengan destinasi yang jelas, ubahkan hidup anda menajdi satu perjalanan, satu pengembaraan dan satu pencarian.

4. Sentiasa bersyukur. Sentiasa melihat gelas anda sebagai separa penuh dan guna perkataan sakti "Terima Kasih" sekerap yang boleh.

5. Jadi seorang pencipta. Anda adalah unik di dalam seluruh alam semesta. Jangan jadi seorang peniru, jadi seorang yang membawa pembaharuan, seorang pencipta dan seorang penyumbang di dalam bidang anda.

6. Inginkan agar semua orang akan berjaya. Jika lebih ramai orang di sekeliling anda yang berjaya, anda akan lebih mudah untuk mencapai impian anda.

7. Jadi perancang minda anda. Jangan biarkan fikiran, perasaan hati atau keinginan anda dikawal oleh keadaan. Ambil alih kuasa dan jadikan minda anda hamba dalam mencapai matlamat anda.

8. Hidup di dalam kehidupan yang seimbang. Kekalkan personaliti yang ceria dan optimistik melalui aktiviti-aktiviti fizikal, pencarian ilmu dan intelektual dan amalan-amalan kerohanian.