Sabtu, Februari 26, 2011

Pintu Rezeki

Sambutlah setiap permulaan hari 
dengan solat yang telah diperintahkan.
Solat yang dapat membuka pintu rezeki walau 
daripada mana pun arahnya. Solat
yang memberi sinar menjanjikan
kebahagiaan dan pendinding segala
kejahatan dan kesesatan.

Mulakan tiap langkahmu dengan bismillah.
Biarkan bibir mengukir senyuman kepada
setiap apa yang mendatang sama ada yang 
baik mahupun yang buruk. Senyuman dapat
melenyapkan segala derita, memudahkan 
banyak urusan dan membuka
pintu-pintu rezeki.


Hasil nukilan Hanita Suhaiza Abd Halim
"Petikan dari NUR Mar 2011"

Selasa, Februari 08, 2011

8 Petua Untuk Menjadi Kaya

1. Ambil keputusan untuk menjadi kaya. Kejayaan adalah satu pilihan. Pilih hari ini untuk menjadi sihat, kaya dan gembira untuk diri anda, untuk keluarga anda dan masyarakat.

2. Bergaul dengan mereka yang kaya. Seperti seorang artis yang bergaul sosial dengan artis yang lain untuk mendapat idea-idea baru, anda harus bergaul dengan mereka yang telah berjaya agar kualiti-kualiti mereka dapat anda perolehi.

3. Mengetahui apa yang anda inginkan. Jangan berlari di dalam bulatan seperti seekor hamster di dalam sangkar. Dengan destinasi yang jelas, ubahkan hidup anda menajdi satu perjalanan, satu pengembaraan dan satu pencarian.

4. Sentiasa bersyukur. Sentiasa melihat gelas anda sebagai separa penuh dan guna perkataan sakti "Terima Kasih" sekerap yang boleh.

5. Jadi seorang pencipta. Anda adalah unik di dalam seluruh alam semesta. Jangan jadi seorang peniru, jadi seorang yang membawa pembaharuan, seorang pencipta dan seorang penyumbang di dalam bidang anda.

6. Inginkan agar semua orang akan berjaya. Jika lebih ramai orang di sekeliling anda yang berjaya, anda akan lebih mudah untuk mencapai impian anda.

7. Jadi perancang minda anda. Jangan biarkan fikiran, perasaan hati atau keinginan anda dikawal oleh keadaan. Ambil alih kuasa dan jadikan minda anda hamba dalam mencapai matlamat anda.

8. Hidup di dalam kehidupan yang seimbang. Kekalkan personaliti yang ceria dan optimistik melalui aktiviti-aktiviti fizikal, pencarian ilmu dan intelektual dan amalan-amalan kerohanian.