Isnin, Mei 30, 2011

Cara-cara Melawan Bau Mulut

1) Sisa makanan, penyakit gusi dan gigi berlubang, mulut kering, tembakau atau beberapa gangguan ubat yang lain boleh memberi masalah kepada nafas seseorang sehingga menyebabkan ia berbau tidak segar.
2) Jauhkan daripada mengambil makanan yang berbau kuat seperti bawang putih, petai dan sebagainya.

3) Penderita bau mulut memerlukan rawatan secara khusus dan berterusan.

4) Bau mulut disebabkan adanya bakteria tertentu pada mulut yang menghasilkan persenyawaan sulfur yang mencerna partikel makanan. Sulfur adalah substansi yang membuat telur berbau busuk. Begitu jugalah halnya dengan setiap orang. Manusia juga memiliki bakteria ini dalam jumlah yang berlebihan, ia boleh menyebabkan nafas mereka mudah berbau.

5) Minum banyak air supaya mulut tidak kekeringan. Selain boleh membantu mencuci bakteria yang berlebihan dalam mulut.
6) Membersihkan lidah ketika memberus gigi juga dapat membantu mengurangkan bau mulut.

Ahad, Mei 15, 2011

Panduan Penjagaan Rambut

 Gambar hiasan

1)      Sebelum membeli syampu, kenalpasti jenis rambut untuk mendapatkan syampu yang sesuai.
 
2)   Sebelum memakai tudung, pastikan rambut dalam keadaan kering. Rambut yang lembab atau basah boleh menyebabkan masalah kelemumur, berbau hapak dan kepala terasa pening.
3)  Dengan bertudung, rambut akan lebih terpelihara dan terlindung daripada habuk yang berterbangan.
4)    Keringkan rambut dengan tuala dengan cara menggosoknya secara lembut. Lurutkan tuala secara perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut secara berulang kali dan biarkan ia kering.
5) Cara tradisional kembalikan kesegaran rambut, ialah dengan meletakkan santan kelapa pada rambut. Biarkan seketika atau balut ia dengan tuala. Bilas dengan air biasa dan akhir sekali cuci dengan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali.
6)     Sikat rambut semasa tidak memakai tudung agar akar rambut dan kulit kepala mendapat udara secukupnya.
7)  Untuk kulit kepala sentiasa segar, gunakan air sejuk sewaktu membasuh rambut supaya pori-pori kulit kepala mengecil.
8)      Pengambilan vitamin khusus untuk stabilkan hormon dan baikpulih akar rambut.
9)    Rambut berkelumumur boleh diatasi dengan cara menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Selepas kelemumur gugur,bersihkan rambut dan kulit kepala dengan syampu yang mengandungi bahan anti kelemumur atau syampu campuran limau purut.
10)  Untuk rambut berminyak, gunakan syampu yang boleh diguna untuk cucian setiap hari.
11) Sikat rambut dengan perlahan dan lembut bagi mengelakkan kulit kepala jadi panas dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
12) Cuba elakkan daripada mengguna alat pengering rambut kerana rambut mudah menjauhi kusam dan rosak akibat bahang panas alat pengering.
13)  Untuk mendapatkan rambut yang halus, guna sikat bergigi penuh dan rapat.
 
14) Pastikan anak tudung atau cekak rambut yang anda pakai tidak terlalu ketat.
15)  Pakailah tudung yang diperbuat daripada kain lembut dan tidak terlalu tebal seperti kain kapas. Tudung fabrik tebal tidak sesuai untuk cuaca panas di Negara Asia Timur.
   16) Syampu rambut secara berterusan sekurang-kurangnya dua kali sekali.

Isnin, Mei 09, 2011

Gaya Muslimah Moden : Bekerja Sambil Belajar



Anas r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersabda : Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sebab menuntut ilmu agama itu wajib ke atas setiap muslim. Sesungguhnya malaikat menghamparkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana redha atau senang dengan apa yang dituntut” (Riwayat Ibn Abdul Darr)

Untuk bekerja sambil belajar, wanita bujang mungkin tidak banyak cabaran jika dibandingkan dengan wanita yang berkeluarga wanita bujang, cuma perlu pandai menjaga maruah diri dan keluarga.

Untuk mereka yang berkeluarga pula , setiap keputusan harus mendapat keizinan suami. Kerukunan rumahtangga lebih penting daripada segala-galanya. Kedua-dua pihak perlu mendapat kata sepakat sebelum membuat keputusan.
Panduan untuk pelajar Muslimah yang berkeluarga :-

1) Semangat mengatasi segalanya. Walaupun badan terasa penat, cita-cita perlu diteruskan.

2) Pepatah barat ada mengatakan “better be late than never”. Sesiapa sahaja yang ada impian untuk terus belajar tidak pernah memikirkan tentang usia yang makin meningkat. Selagi ada daya dan peluang, mereka akan teruskan perjuangan mengejar ilmu yang seluas lautan.

3) Agihkan masa dan tanggungjawab. Apabila seseorang Muslimah yang berkeluarga membuat keputusan untuk belajar lagi, perlu pandai mengagihkan masa dan tanggungjawab supaya tidak ada  yang terabai. Contoh, seorang isteri perlu tahu tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebelum keluar menuntut ilmu.

4) Tidak bawa masalah ke rumah. Segala masalah yang berlaku di tempat kerja atau di tempat belajar, jangan dibawa ke rumah. Ini mungkin menimbulkan ketidakpuashatian di pihak pasangan masing-masing seterusnya mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.
 
5) Jadi sumber motivasi anak-anak. Anak-anak yang masih kecil masih boleh dibentuk ikut cara didikan ibubapa itu sendiri. Sekiranya ibu bapa itu memberi contoh yang baik, maka anak-anak itu akan menjadi baik suatu hari nanti. Macam topik yang dibincangkan, ibubapa yang mempunyai untuk menuntut ilmu, anak-anak juga akan cintakan ilmu.
Ilmu itu seluas lautan. Makin banyak yang kita pelajari, makin banyak yang kita perlu pelajari. Oleh itu, selagi kita masih mampu untuk belajar, selagi itulah kita harus terus belajar demi memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara.