Isnin, Mei 09, 2011

Gaya Muslimah Moden : Bekerja Sambil Belajar



Anas r.a. berkata “Rasulullah s.a.w. bersabda : Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, sebab menuntut ilmu agama itu wajib ke atas setiap muslim. Sesungguhnya malaikat menghamparkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana redha atau senang dengan apa yang dituntut” (Riwayat Ibn Abdul Darr)

Untuk bekerja sambil belajar, wanita bujang mungkin tidak banyak cabaran jika dibandingkan dengan wanita yang berkeluarga wanita bujang, cuma perlu pandai menjaga maruah diri dan keluarga.

Untuk mereka yang berkeluarga pula , setiap keputusan harus mendapat keizinan suami. Kerukunan rumahtangga lebih penting daripada segala-galanya. Kedua-dua pihak perlu mendapat kata sepakat sebelum membuat keputusan.
Panduan untuk pelajar Muslimah yang berkeluarga :-

1) Semangat mengatasi segalanya. Walaupun badan terasa penat, cita-cita perlu diteruskan.

2) Pepatah barat ada mengatakan “better be late than never”. Sesiapa sahaja yang ada impian untuk terus belajar tidak pernah memikirkan tentang usia yang makin meningkat. Selagi ada daya dan peluang, mereka akan teruskan perjuangan mengejar ilmu yang seluas lautan.

3) Agihkan masa dan tanggungjawab. Apabila seseorang Muslimah yang berkeluarga membuat keputusan untuk belajar lagi, perlu pandai mengagihkan masa dan tanggungjawab supaya tidak ada  yang terabai. Contoh, seorang isteri perlu tahu tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebelum keluar menuntut ilmu.

4) Tidak bawa masalah ke rumah. Segala masalah yang berlaku di tempat kerja atau di tempat belajar, jangan dibawa ke rumah. Ini mungkin menimbulkan ketidakpuashatian di pihak pasangan masing-masing seterusnya mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.
 
5) Jadi sumber motivasi anak-anak. Anak-anak yang masih kecil masih boleh dibentuk ikut cara didikan ibubapa itu sendiri. Sekiranya ibu bapa itu memberi contoh yang baik, maka anak-anak itu akan menjadi baik suatu hari nanti. Macam topik yang dibincangkan, ibubapa yang mempunyai untuk menuntut ilmu, anak-anak juga akan cintakan ilmu.
Ilmu itu seluas lautan. Makin banyak yang kita pelajari, makin banyak yang kita perlu pelajari. Oleh itu, selagi kita masih mampu untuk belajar, selagi itulah kita harus terus belajar demi memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan