Selasa, Jun 21, 2011

5 Cara Kurangkan Stress Di Pejabat



Tidak dinafikan bebanan tanggungjawab di pejabat kadangkala memberi tekanan kepada kita terutama sekali wanita yang berumahtangga. Adakalanya tekanan tersebut terbawa-bawa ke rumah dan jika gagal dikawal, hubungan kekeluargaan akan terganggu. Cuba ikuti panduan berikut supaya dapat dimanfaatkan bersama agar dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan jiwa yang tenang.

·        Makan tengahari
Sebelum keluar untuk makan tengahari, duduk sebentar dengan mata terpejam sambil menarik dan menghala dan menghela nafas secara perlahan-lahan. Tolak ke tepi sebarang masalah kerja yang membebani fikiran dan keluar daripada ruang pejabat yang tertutup untuk mendapatkan udara segar. Elakkan sebarang perbincangan yang berkaitan seperti bagaimana meningkatkan penampilan diri agar kelihatan cantik, bergaya dan meyakinkan.

·        Mengurus waktu dengan bijak
Majikan yang baik akan sentiasa memastikan pekerjanya berasa senang ketika bekerja bagi memastikan kualiti dan produktiviti terus meningkat. Jika anda dibeeri kebebasan menguruskan masa bekerja, pastikan anda mengatur jadual kerja dengan baik agar dapat menyeimbangi tugasan yang diamanahkan. Perbincangan dengan ketua harus dilakukan dan pastinya tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki.

·        Amalkan pergerakan ringan sebelum ke pejabat
Sebelum memulakan kerja di pejabat, pekerja digalakkan melakukan pergerakan ringan seperti meregangkan otot tangan, kaki dan jari. Otot-otot kaki yang diregangkan akan mengarah peredaran darah ke jantung dan mengepamnya ke seluruh tubuh badan. Tindakan ini membolehkan badan kembali bertenaga.

·        Bergembira sepanjang cuti di hujung minggu
Cuti hujung minggu sememangnya masa yang paling sesuai untuk kita membebaskan diri daripada memikirkan soal kerja. Selepas solat subuh ambil  kesempatan ini untuk melakukan senaman ringan seperti berjoging atau berbasikal mengelilingi kawasan perumahan atau taman berhampiran sambil menghirup udara segar. Aktiviti ringan ini mampu meningkatkan kadar pengeluaran hormone endorphin yang dapat membantu anda berasa nyaman, tenang dan bersemangat semula. Bersarapan pagi dengan hidangan yang menyelerakan dan jika boleh sediakan sendiri sarapan kerana pada hari biasa anda tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana kesuntukan masa. Ini adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Anda juga boleh bermeditasi sebentar selama 15-20 minit  dalam bilik yang diharumi wangian aromaterapi.

·        Kekalkan hubungan baik sesama rakan sepejabat
Berkomunikasilah dengan berhikmah samada anda ingin menegur, memberi nasihat atau berbual-bual. Jauhkan segala sifat negatif seperti mengumpat, memfitnah, meninggi diri dan sebagainya. Islam sendiri menggalakkan umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan larangannya. Paling penting sentiasa ingat bahawa Tuhan ada bersama hambanya yang kesusahan. Berdoa dan bertawakal adalah jalan paling berkesan mengurang rasa tertekan.

** Selain mengurangkan tekanan, memandangkan lautan yang terbentang juga akan memberi ketenangan.

Rabu, Jun 15, 2011

Berhias & Bersolek Bagi Wanita Solehah

Tidak dinafikan bahawa wanita suka berhias atau bersolek. Ia merupakan fitrah manusia. Islam menganjurkan wanita memakai pakaian yang indah, berhias kemas dan memakai wangi-wangian yang sesuai namun haruslah mengikut garis panduan yang dibenarkan bagi mengelak fitnah. Berhias atau bersolek diharuskan ke atas wanita solehah untuk tatapan suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :

“ Dari Ayub r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. : Rasa malu, suka dengan wangian atau harum-haruman, bersiwak dan nikah adalah sunah para Rasul.”

(Hadis riwayat Tarmizi)
Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. :

“Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita dan umatku dan hal itu haram bagi kaum lelaki”
(Hadis riwayat Tarmizi dan surah An-Nisa’)

Isnin, Jun 13, 2011

Peribadi Menarik Senangkan Rakan Sekerja



GAYA BICARA POSITIF
Untuk menjadi individu berkeyakinan, gunakan perkataan yang baik tentang diri sendiri. Misalnya, saya seorang yang berkeyakinan, saya bijak, saya boleh buat dan sebagainya.

BERANI BERTANGGUNGJAWAB
Anda harus berani menerima kenyataan dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Keberanian menjadikan anda lebih yakin untuk berhadapan dengan perkara yang lebih besar.

SEORANG YANG DINAMIK
Seorang yang berperibadi dinamik biasanya memiliki kemahiran mengungkapkan perasaan dengan tegas. Bagaimanapun, mereka tidak menunjukkan gaya sombong sebaliknya berbicara ramah dan lemah lembut.

BICARA DENGAN OPTIMIS
Seorang yang optimis mampu menunjukkan sorot mata dan tingkah laku yang berwibawa melalui penampilan diri yang anggun, ‘rapid’ dan bersih. Pelajari etiqa pergaulan yang baik di tempat kerja.  Asah keterampilan dengan menggunakan bahasa verbal dan non-verbal. Apabila membuat keputusan, buatlah berdasarkan fakta bukan perasaan semata-mata.

KEMBANGKAN PENGETAHUAN
Pengetahuan yang luas membolehkan anda tampil lebih wibawa dan percaya diri sendiri. Anda digalakkan mencari alternatif-alternatif penyelesaian untuk pelbagai permasalahan. Dapatkan informasi tentang hal-hal sedang berlaku samada melalui televisyen, akhbar, majalah, mahupun internet.

SEDIA TERIMA PERUBAHAN
Bersikap fleksibel dan positif terhadap pelbagai perubahan. Tunjukkanlah sikap terbuka dengan perubahan yang berlaku dalam syarikat atau jabatan. Anggap perubahan yang ada dengan sikap optimis.

Selasa, Jun 07, 2011

Imej Hebat dengan Gaya Memikat



Untuk membina imej yang menarik anda tidak semestinya perlu mengeluarkan perbelanjaan besar. Ketelitian dalam penjagaan bentuk tubuh badan, kesihatan dan kebersihan lebih penting daripada segalanya. Setiap gerak-geri kita haruslah selari dengan pandangan Islam yang mengesyorkan kesederhaan dalam perbuatan. Sebagai muslimah, kita perlu berhati-hati agar penampilan diri tidak ditertawa atau diperkatakan. Apakah cara mudah mengatasi kelemahan diri?

1) Cara berdiri dengan betul
Pastikan kedua-dua kaki dalam kedudukan yang selesa bagi menampung berat badan. Semasa berdiri anda dinasihatkan agar sentiasa mendada dengan keadaan bahu diistirehatkan. Pastikan kepala anda tegak dengan dagu mendongak sedikit ke atas serta kedua belah lengan bergantungan di kedua-kedua sisi. Perlu dilakukan dalam keadaan bersahaja.

2) Cara duduk yang baik
Cuba elakkan duduk di kerusi tinggi agar kaki tidak kelihatan tergantung atau di kerusi rendah untuk mengelakakn lutu lebih tinggi daripada pinggang. Duduk tegak seperti dalam keadaan berdiri dengan dada sedikit mendada, dagu tegak dan bahu lebih santai. Apabila ingin berdiri atau duduk kembali, seimbangkan tubuh dengan meletakkan salah satu kaki di bahagian belakang kaki lagi satu sebagai sangga. Jangan labuhkan punggung anda serta merta atau menggunakan kedua-dua tangan sebagai sangga.
3) Cara berjalan yang lebih teratur
Anda perlu berjalan tegak tapi dalam keadaan santai. Gerakkan kaki perlahan kehadapan dalam langkah yang sederhana dan pastikan kedua-dua tapak kaki sejajar serta berdekatan dengan hujung-hujung jari. Pastikan hujung kaki menyentuh lantai sebelum tumit. Ketika menaiki tangga, pastikan tapak kaki terletak pada setiap anak tangga di atasnya dan angkat badan anda.

Isnin, Jun 06, 2011

Warna-warna Rahsia

Pengaruh warna amat penting dalam memberikan ‘mood’ dan keceriaan. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dan dapat menampilkan wajah ceria.

Merah
Warna ini melambangkan agresif, berkeyakinan dan berani. Anda akan kelihatan lebih ceria. Tetapi awas! Warna ini juga boleh mempengaruhi ‘mood’ anda menjadi cepat marah

Jingga
Pakailah pakaian warna ini ketika anda perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Warna ini melahirkan ‘mood’ yang ceria dan bertenaga. Ia juga bakal menjadikan anda tenang dan senang walau tugas yang diserahkan agak berat.

Hitam
Sofistikated dan kuat. Ia memberi impak yang kuat kepada penampilan. Lebih hebat jika ia digandingkan dengan warna merah.

Merah Jambu
Lembut dan feminine. Sesuai dipilih untuk majlis-majlis yang relak dan tidak rasmi.

Kuning
Hangat dan optimis. Cantik dan berseri tetapi warna ini lebih sesuai untuk majlis perkahwinan.                                                                               

Ungu
Misteri dan pilihan insane kreatif. Ia tetap mampu memberikan seri kepada pemakainya. Tetapi berhati-hati kerana bukan semua orang nampak berseri dengan warna ini.

Hijau
Relak dan mendamaikan. Jika anda dalam keadaan ‘stress’, pilihan warna ini dapat menjadi penawar. Pilihlah warna ini apabila anda ingin meringankan bebanan.

Biru
Sejuk, bersih dan tenang. Warna biru adalah warna paling sesuai untuk mengurangkan ketegangan dan kesibukan hari anda.

Putih
Suci, segar dan bersih. Pilihlah warna ini jika anda mahukan perhatian dan berimej progresif. 

(Sumber dari majalah NUR edisi Pengenalan)