Selasa, Jun 07, 2011

Imej Hebat dengan Gaya Memikat



Untuk membina imej yang menarik anda tidak semestinya perlu mengeluarkan perbelanjaan besar. Ketelitian dalam penjagaan bentuk tubuh badan, kesihatan dan kebersihan lebih penting daripada segalanya. Setiap gerak-geri kita haruslah selari dengan pandangan Islam yang mengesyorkan kesederhaan dalam perbuatan. Sebagai muslimah, kita perlu berhati-hati agar penampilan diri tidak ditertawa atau diperkatakan. Apakah cara mudah mengatasi kelemahan diri?

1) Cara berdiri dengan betul
Pastikan kedua-dua kaki dalam kedudukan yang selesa bagi menampung berat badan. Semasa berdiri anda dinasihatkan agar sentiasa mendada dengan keadaan bahu diistirehatkan. Pastikan kepala anda tegak dengan dagu mendongak sedikit ke atas serta kedua belah lengan bergantungan di kedua-kedua sisi. Perlu dilakukan dalam keadaan bersahaja.

2) Cara duduk yang baik
Cuba elakkan duduk di kerusi tinggi agar kaki tidak kelihatan tergantung atau di kerusi rendah untuk mengelakakn lutu lebih tinggi daripada pinggang. Duduk tegak seperti dalam keadaan berdiri dengan dada sedikit mendada, dagu tegak dan bahu lebih santai. Apabila ingin berdiri atau duduk kembali, seimbangkan tubuh dengan meletakkan salah satu kaki di bahagian belakang kaki lagi satu sebagai sangga. Jangan labuhkan punggung anda serta merta atau menggunakan kedua-dua tangan sebagai sangga.
3) Cara berjalan yang lebih teratur
Anda perlu berjalan tegak tapi dalam keadaan santai. Gerakkan kaki perlahan kehadapan dalam langkah yang sederhana dan pastikan kedua-dua tapak kaki sejajar serta berdekatan dengan hujung-hujung jari. Pastikan hujung kaki menyentuh lantai sebelum tumit. Ketika menaiki tangga, pastikan tapak kaki terletak pada setiap anak tangga di atasnya dan angkat badan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan