Selasa, Jun 21, 2011

5 Cara Kurangkan Stress Di Pejabat



Tidak dinafikan bebanan tanggungjawab di pejabat kadangkala memberi tekanan kepada kita terutama sekali wanita yang berumahtangga. Adakalanya tekanan tersebut terbawa-bawa ke rumah dan jika gagal dikawal, hubungan kekeluargaan akan terganggu. Cuba ikuti panduan berikut supaya dapat dimanfaatkan bersama agar dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan jiwa yang tenang.

·        Makan tengahari
Sebelum keluar untuk makan tengahari, duduk sebentar dengan mata terpejam sambil menarik dan menghala dan menghela nafas secara perlahan-lahan. Tolak ke tepi sebarang masalah kerja yang membebani fikiran dan keluar daripada ruang pejabat yang tertutup untuk mendapatkan udara segar. Elakkan sebarang perbincangan yang berkaitan seperti bagaimana meningkatkan penampilan diri agar kelihatan cantik, bergaya dan meyakinkan.

·        Mengurus waktu dengan bijak
Majikan yang baik akan sentiasa memastikan pekerjanya berasa senang ketika bekerja bagi memastikan kualiti dan produktiviti terus meningkat. Jika anda dibeeri kebebasan menguruskan masa bekerja, pastikan anda mengatur jadual kerja dengan baik agar dapat menyeimbangi tugasan yang diamanahkan. Perbincangan dengan ketua harus dilakukan dan pastinya tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki.

·        Amalkan pergerakan ringan sebelum ke pejabat
Sebelum memulakan kerja di pejabat, pekerja digalakkan melakukan pergerakan ringan seperti meregangkan otot tangan, kaki dan jari. Otot-otot kaki yang diregangkan akan mengarah peredaran darah ke jantung dan mengepamnya ke seluruh tubuh badan. Tindakan ini membolehkan badan kembali bertenaga.

·        Bergembira sepanjang cuti di hujung minggu
Cuti hujung minggu sememangnya masa yang paling sesuai untuk kita membebaskan diri daripada memikirkan soal kerja. Selepas solat subuh ambil  kesempatan ini untuk melakukan senaman ringan seperti berjoging atau berbasikal mengelilingi kawasan perumahan atau taman berhampiran sambil menghirup udara segar. Aktiviti ringan ini mampu meningkatkan kadar pengeluaran hormone endorphin yang dapat membantu anda berasa nyaman, tenang dan bersemangat semula. Bersarapan pagi dengan hidangan yang menyelerakan dan jika boleh sediakan sendiri sarapan kerana pada hari biasa anda tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana kesuntukan masa. Ini adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Anda juga boleh bermeditasi sebentar selama 15-20 minit  dalam bilik yang diharumi wangian aromaterapi.

·        Kekalkan hubungan baik sesama rakan sepejabat
Berkomunikasilah dengan berhikmah samada anda ingin menegur, memberi nasihat atau berbual-bual. Jauhkan segala sifat negatif seperti mengumpat, memfitnah, meninggi diri dan sebagainya. Islam sendiri menggalakkan umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan larangannya. Paling penting sentiasa ingat bahawa Tuhan ada bersama hambanya yang kesusahan. Berdoa dan bertawakal adalah jalan paling berkesan mengurang rasa tertekan.

** Selain mengurangkan tekanan, memandangkan lautan yang terbentang juga akan memberi ketenangan.