Isnin, Jun 13, 2011

Peribadi Menarik Senangkan Rakan Sekerja



GAYA BICARA POSITIF
Untuk menjadi individu berkeyakinan, gunakan perkataan yang baik tentang diri sendiri. Misalnya, saya seorang yang berkeyakinan, saya bijak, saya boleh buat dan sebagainya.

BERANI BERTANGGUNGJAWAB
Anda harus berani menerima kenyataan dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Keberanian menjadikan anda lebih yakin untuk berhadapan dengan perkara yang lebih besar.

SEORANG YANG DINAMIK
Seorang yang berperibadi dinamik biasanya memiliki kemahiran mengungkapkan perasaan dengan tegas. Bagaimanapun, mereka tidak menunjukkan gaya sombong sebaliknya berbicara ramah dan lemah lembut.

BICARA DENGAN OPTIMIS
Seorang yang optimis mampu menunjukkan sorot mata dan tingkah laku yang berwibawa melalui penampilan diri yang anggun, ‘rapid’ dan bersih. Pelajari etiqa pergaulan yang baik di tempat kerja.  Asah keterampilan dengan menggunakan bahasa verbal dan non-verbal. Apabila membuat keputusan, buatlah berdasarkan fakta bukan perasaan semata-mata.

KEMBANGKAN PENGETAHUAN
Pengetahuan yang luas membolehkan anda tampil lebih wibawa dan percaya diri sendiri. Anda digalakkan mencari alternatif-alternatif penyelesaian untuk pelbagai permasalahan. Dapatkan informasi tentang hal-hal sedang berlaku samada melalui televisyen, akhbar, majalah, mahupun internet.

SEDIA TERIMA PERUBAHAN
Bersikap fleksibel dan positif terhadap pelbagai perubahan. Tunjukkanlah sikap terbuka dengan perubahan yang berlaku dalam syarikat atau jabatan. Anggap perubahan yang ada dengan sikap optimis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan