Ahad, Mac 20, 2011

Didik Anak Tepati Janji

“Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila diamanahkan dia mengkhianati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nilai positif
·           Memiliki nilai kejujuran dan keterbukaan yang tertinggi
·           Anak boleh mengukur kemampuan dalam menepati janji
·           Dia belajar untuk tidak memungkiri janjinya
·           Mendapat kepercayaan oleh kawan-kawannya
·           Mudah untuk menerapkan nilai lain kepadanya, kerana anak percaya pada apa yang anda katakan

5 Panduan Mengajar anak menepati janji
1     Buat peraturan
Buatlah beberapa peraturan kepada anak, membasuh kaki dan tangan bila pulang dari bermain, menggosok gigi sebelum tidur, meletakkan barang ke tempatnya semula. Peraturan sederhana seperti ini selain membuat anak-anak faham dan bersedia menerima arahan, ia juga memupuk rasa tanggungjawab dan komitmen daripada anak

2    Menepati janji adalah sebahagian daripada bentuk tanggungjawab dan komitmen seseorang
Berikan tugas yang ringan. Contohnya mengemas tempat tidur selepas bangun tidur. Ketika anak berjaya memenuhi tugasnya setiap hari, berilah hadiah berupa pujian atau pelukan. Anda boleh semai sikap ini sejak berusia tiga hingga empat tahun.

3    Pemahaman agama dan juga secara logiknya
Ceritakan beberapa contoh dalam kisah sirah nabi dan juga Rasulullah s.a.w. bagaimana pentingnya seorang  Islam itu memenuhi janjinya. Tentang dosa dan ganjarannya di sisi tuhan mereka yang memungkiri dan menepati janji.
Gunakan juga pendekatan secara logik, bagaimana mengengkari janji boleh membuatkan seseorang itu merasa kecewa dan marah. Jadikan anak anda atau orang dekat dengannya sebagai contoh. Contohnya, ayahnya telah berjanji untuk membelikan mainan jika dia telah mengemas bilik tidurnya. Tetapi, bila tugasan itu selesai, ayahnya tidak membeli mainan yang dijanjikan. Katakan pada anak itu, sudah tentu anak itu kecewa kerana ayahnya tidak belikan mainan yang dijanjikan.

4    Berkata sungguh-sungguh
Setiap perkataan yang diluahkan pada anak-anak perlu diluahkan secara bersungguh-sungguh supaya anak-anak memahami kepentingan menepati janji. Contoh bila anak minta belikan kek coklat dan berjanji untuk makan sampai habis. Ingatkan anak itu bahawa kek itu terlalu banyak untuk dia habiskan, jika anak masih berdegil untuk beli dan anak itu tidak dapat habiskan, kita perlu ingatkan janji yang telah dibuat oleh anak itu tadi.

5    Tunjukkan sikap tegas dan konsisten
Anda meminta anak anda mengemas mainannya, tetapi anak itu berdegil tidak lakukan apa-apa. Kita kena bertegas biarkan anak itu mengemas sendiri mainan itu, jika tidak, kita akan membuang terus ke tong sampah dan tidak akan ada mainan baru lagi, contohnya. Anak masih dalam proses belajar. Cara ini dapat memberikan pemahaman pada anak-anak tentang kepentingan menepati janji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan