Rabu, Mac 09, 2011

Kurang Darah Membawa Maut?

Pesanan ini khas untuk semua wanita di luar sana.

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

* Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi.
* Ibu yang kerap bersalin
* Jangkitan cacing
* Pendarahan dari faraj atau buasir
* Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda-tanda biasa dirasa/dialami ialah :

* Kelihatan pucat
* Sentiasa rasa letih dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
* Rasa mahu pitam bila bangun
* Sentiasa rasa pening
* Bengkak kaki dan muka
* Kebas kaki dan tangan
* Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat awal jika anda datang membuat ujian darah di klinik. Jika keputusan ujian menunjukkan kepekatan darah anda kurang 9gm peratus hemoglobin, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh :
* Anda mungkin mengalami keguguran
* Melahirkan anak tidak cukup bulan
* Anak mati dalam perut
* Melahirkan anak tidak cukup berat badan
* Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
* Keluaran susu badan akan berkurangan
* Mudah mendapat penyakit lemah jantung
* Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
* Kesemua akibat tersebut di atas mengancam kesihatan dan kesejahteraan anda serta kandungan anda dan boleh membawa maut.

Cara Atasi :

* Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit
* Makan makanan yang berzat setiap hari
* Rehat dengan cukup
* Dapatkan rawatan awal dari klinik berhampiran apabila mengalami tanda-tanda kurang darah
* Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

" Sumber dari NUR Mar 2011"     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan