Isnin, Mac 28, 2011

Rezeki Bukan Sekadar Wang





Hadis riwayat Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak mengenai, “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu masa muda sebelum tua, masa sehat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.

Huraian pada hadis tersebut;-

1     Masa muda sebelum tua
Pergunakan masa muda sebaik-baiknya membuat kebaikan dan mencapai kejayaan kerana usaha masa tua berbeza dengan usaha masa muda. Jadi lakukan aktiviti bermanfaat agar tidak menyesal kemudian hari.

2    Masa sihat sebelum sakit
Sakit datang tanpa diduga. Jadi, gunakan masa sihat untuk lakukan persediaan bermanfaat sebelum tiba masa sakit.

3    Masa kaya sebelum miskin
Kekayaan yang kita miliki belum tentu kekal. Jadi, beringat-ingatlah untuk berjimat-cermat. Gunakan kekayaan itu untuk lakukan kebaikan. Kekayaan yang kita miliki hari ini cuma ujian dari Allah yang menguji sejauhmana keimanan kita kepada-Nya.

4    Masa lapang sebelum sibuk
Kita kena hargai masa yang ada untuk lakukan perkara yang bakal memberi faedah kepada kita kemudian hari. Contohnya, melawat saudara mara untuk merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

5    Masa hidup sebelum mati
Kita kena hargai masa hidup kita ini dengan melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita di dunia dan yang paling penting sekali di akhirat.

10 amalan dimurahkan rezeki

1     Menyempatkan diri beribadah
Firman Allah dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya, maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2    Memperbanyakkan Istighfar

3    Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak bermakna jika masih melakukan dosa. Malah menutup pintu rezeki

4    Sentiasa ingat Allah
Mengingati Allah membuatkan hati kita tenang dan kehidupan terasa lapang.

5    Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan siapa yang ingin penjang umur dan murah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6    Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak kecil.
7    Tunaikan hajat orang lain
Sabda Nabi s.a.w: “ Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8    Banyak berselawat
Ia dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9    Buat kebajikan banyak-banyak

10   Berpagi-pagi
Memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah adalah amalan yang berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan