Khamis, Mac 17, 2011

Makanan Penambah Susu Ibu

Buah kurma
Unsur zat besi besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Kacang soya
Diketahui kacang soya mempunyai khasiat setanding dengan susu malahan dipercayai mampu menambah susu badan kerana khasiat kacang soya itu sendiri yang diakui minuman terbaik untuk semua golongan. Malahan bagi bayi yang alah susu lembu, disarankan meminum susu kacang soya sebagai pengganti. Paling bagus jika anda menghasilkan sendiri susu tersebut kerana pastinya ia bebas daripada kandungan bahan pengawet.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijiran ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijiran ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, ia juga boleh menambah susu badan. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera.

Betik muda
Ibu-ibu yang bermasalah kekurangan susu badan, boleh memakannya begitu sahaja atau pun dijadikan sup dan diambil bersama nasi panas.

Halba
Bagi perolehi khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang tertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Jintan
Untuk perolehi kebaikan daripada jintan, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Kurma merah
Dikenali juga dengan nama kurma cina yang kering berwarna merah pekat. Untuk merebusnya, gunakan air yang banyak dan direbus selama 10 minit. Airnya manis dan buah yang telah direbus enak dikunyah.

Daun kaduk
Pucuk kaduk juga merupakan salah satu daripada tumbuhan semulajadi yang dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Anda boleh mencelurnya dan makan sebagai ulam atau dimasak dalam masakan seperti gulai lemak.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Lobak putih
Sayur ini mengandungi glukos, sukrosa dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid benzo-pyruvik dan asid amino. Boleh diamalkan dengan mengikis lobak putih, parut dan campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan dibiarkan sehingga suam, minum dua kali sehari.

Longan kering
Biasanya didapati di kedai singseh amat bagus untuk diamalkan . Rebus longan kering dalam anggaran satu cawan kecil dengan beberapa cawan air  (3-4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut sebagai amalan harian.

Daun sirih
Selain daripada mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu ibu, daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan disapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payu daya.

Madu
Boleh diminum sesudu setiap pagi, digunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat

Pucuk manis
Masak lemak bersama ubi keledek

Pucuk pegaga
Dijadikan ulam atau jus

Daun kucai
Goreng bersama tauge bersama tauhu dan tempe

Daun atau pucuk
Meranti masak lemak putih, tumis air dan goring

Bawang putih
Mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu

Teh hijau

Susu dan produk tenusu


“Sumber dari NUR Mar 2011, ruangan Keibubapaan Ilami”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan