Isnin, Mac 14, 2011

Tip Sediakan Pelan Perniagaan



Ringkasan Eksekutif
Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan, cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk perniagaan, ringkasan pendapatan lima tahun dan modal diperlukan

Peluang Perniagaan
Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.


Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian
Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk

Pelan Pemasaran
Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.

Pelan Operasi
Perlu menunjukan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.

Pengurusan dan Kakitangan Utama
Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
Unjuran Kewangan
Unjuran proforma lima tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.



“Sumber dari NUR Mar 2011”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan